Saya ni bukan selalu dengar MJ12 tapi saja nak kongsi pengalaman saya. Cerita ni berlaku lebih kurang 2 tahun lalu hingga sekarang. Saya menetap di kawasan Bedok Reservoir. Memang kawasan ini agak keras sebab di kawasan depan rumah saya merupakan Taman Riadah Bedok Reservoir, dan belakang rumah saya pula Taman Riadah Bedok Town. Pada satu malam kira2 sekitar pukul 2 pagi, kawan saya dan teman lelakinya berjumpa saya di kolong blok saya. Seperti biasa kami hanya duduk berbual. Setengah jam sudah berlalu, saya amat terganggu kerana saya terasa seakan ada seseorang sedang menghendap kita. Saya pun tidak begitu hairan kerana saya fikir mungkin itu hanya orang biasa.
Alhamdulilah, saya dapat bergerak dan gangguan tu pun hilang. Perkara tu berlaku tiap2 malam sedang saya hendak tidur. Ada kalanya saya sampai menangis. Dan apabila saya memberitahu cerita ini kepada kawan baik saya, dia pula kena kacau pada malamnya. Dia kata makhluk itu seperti memekik kepada dia. Dia kurang jelas apa yang dikatakan oleh makhluk tersebut tapi yang dia pasti, makhluk itu menyebut nama saya. Mungkin dia marah kalau kawan saya tu mengganggu. Tapi nasib baik malam itu saja dia kena kacau. Tahun lalu apabila saya duduk di kolong blok saya, saya ternampak makhluk itu lagi. Dia hanya melihat saya dari jauh. Saya terus melarikan diri. Saya tak tahu sama ada gangguan yang saya lalui setiap malam itu ada berkaitan dengan makhluk itu ataupun tidak. Nak kata hantu minyak, dia tak hitam. Entahlah saya pun bukan tahu pasal hantu ni semua.
Saya ni belum berkahwin, itulah sebabnya saya takut kerana setiap malam saya rasa hendak dirogol oleh makhluk itu. Walaupun sudah bertahun berlalu, saya tetap ada gangguan tersebut. Tapi bukan setiap malam. Sebab di waktu malam, saya tak akan tidur. Melainkan saya penat. Kadang2 pergi kerja pun dalam keadaan mengantuk. Sehinggalah anak murid saya tegur kenapa saya nampak letih. Makhluk itu pun bukan saja ingin merogol saya, tapi dia juga akan tidur sebelah saya atau hanya memeluk dan mencium saya. Dan apabila saya bersedih, saya dapat merasai yang ada orang sedang memerhatikan saya. Dia seakan-akan "Kekasih Gelapku". Saya belum pernah pergi meminta tolong ke mana2 pakar, kerana saya tidak tahu mana nak cari. Apa yang saya lakukan ialah membaca doa ataupun menangis sambil memekik jangan ganggu saya. Itu sajalah KC. Terima kasih.
Miss A
Sumber